Wednesday, March 31, 2010

New Hair Cut

Okey..my original hair cut lebih kurang macam nih la..
Layer yang agak panjang.
so teringin bangat nak transform style rambut nih..
mane satu sesuai eh??
muke Nanab agak cubby. tidak lah runcing seperti gambar yek..


Original



teringin sangat nak buat digital perm.
kalo boleh dapat hasil mcm minah korea nih..
memang berbaloi-baloi lah..cute kan.??

Digital Perm


Ala-ala rambut lama Kate nih dah pernah buat..
mmg nampak mcm Chinese Doll
hehe.
Tapi leceh nye nnt rambut terkuar-kuar kat tepi tudung..
sebab x boleh ikat..huhu
Katie


Crazy perm nih memang menarik.
sangat la cemburu melihat sape yg memiliki rambut original crazy perm nih..
memanng style lah..cantek..
Arwah mak pernah buat kat Nanab dulu..
sebab dia geram tgk rambut lurus sgt..haha
gambar pon masih ada..nnt Nanab balik cari & scan eh..boleh
upload kat blog nih =p


Crazy Perm



Boy cut.Memang smart kan.
masa pakai safety helmet sangat lah terasa nak potong biar pendek mcm nih.
sanggul tinggi menggangu betol.heheh
ni ada lah rambut zaman sekolah rendah.
memang kena potong pendek sebab tak pandai jaga rambut lagi.
sedih gila bila kena potong. pendek macam budak lelaki.
sampai ada sekali tu budak lelaki pegang bahu ingatkan kawan dia masa hari sukan.
hahahha
last2 dia yang malu tersalah orang.
Boy Cut

mane satu eh rambut idaman??ermmm....

I love to shop.^_^


Waiting for this maxi

Tuesday, March 30, 2010

Mutiara Kata Hari Ini

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Monday, March 29, 2010

Want This!!


Saturday, March 27, 2010

Award From Miss Atiqah

Dapat award dari miss atiqah. tak sangka masih ada orang yg sudi membelek blog buruk Nanab ni..
Awalnya buat blog sebab nak niaga..pastu sekarang dah slow sebab tak tau nak niaga ape..masih mencari ilham lagi..huhu

pastu end up wat blog peribadi..mulanya nak update style dress up hari2..pon tak jadi gak..last2 jadi Nanab Diary. semua suka duka perjalanan harian dicatatkan dlm ni. Harap kalian semua tidak jemu membelek-belek blog ini ^_-

Thanx sangat2 kepada semua yg suke membelek blog ini yek. xoxo

1) Thank and linked the person that gave you the award.

Ini lah orang nye..Miss Atiqah

2) Pass this award to 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic.

Nak kasi sape eh??ramai ni..jap kena draf kan dulu..hehe

    

alahai..letih nak tag..lagipon..semua yg cun2 telah ditag.
cian plak diorag kalo tag banyak2 kali..hehe

yang pasti semua yag membaca entry ini ditag lah.heheh

3) Contact bloggers and let them know they've won
semua skali yek..

4) State 7 things about yourself:

1.luv red so much
2. suke makanan pedas
3. sumtime terlalu suke bercerita hal diri sendiri sampai x sedar rupnya ada org yg tidak sudi mendengar pon
4. susah nak percaya kan org, once dah percaya kemudian telah tertipu..sgt susah utk memaafkan org itu..(teruk kan)
5. suke air kopi okey..cuppucino paling best
6. suke handbag & wedges
7. saya syg family saya sangat2

Thursday, March 25, 2010

Must Have

The search begin now.

Wide leg pant for office wear.

This hot pink shirt+ belt+wide leg pants is killing me.

Really want it now.

Wide Leg 2


 
2 nd look: casual look
 
Wide Leg Style


Wide leg jeans look perfect with cardigan & skinny belt

Try Upload Gambar: Petua Arni

Bee..=)

Monday, March 22, 2010

Dia Bukan Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya (my Dream Guy)

Start dengan sifat fizikal dulu lah ye..heheh bukan ape..first impression tu kan penting ^_-

1. Saya suka lelaki yang tinggi. Tinggi mcm Bront Palarea tu..dalam 180 cm mcm tu.heheh

2. Saya suke lelaki yag kurus tetapi agak tegap mcm bront Palarea jugak.

3. Saya suka lelaki yg mempunyai jaw yg runcing & panjang

4. Saya suka lelaki yg berjanggut, bukan berjambang tau. berjambang mcm ok. tapi nak yg kemas & rapi je..tapi kalo serabai pon ok gak..mcm sempoi siket.hehe




Ciri tambahan plak

1. Saya suka lelaki yg minat bersukan..terutamanya basketball..heheh nampak mcm cite Slam Dunk je. sgt suke bc komik nih dulu..skrg suke baca Dara, EH etc (Conan mmg suke selamanya)

2. Saya suka lelaki yg baik hati.. Sape plak yg suke lelaki ganas2 kan??nih kira sifat2 terpuji yang dikagumi lah kan..

3. Saya suka lelaki yg tlg buka & tutup kan pintu kete utk saya..kalo dia naik moto mcm mane ek??erm..kena angkat ke??ha..tolong pakai kan helmet..oh..so sweet kan..^_^

4. Saya suke lelaki yg berterus terang..makna nya dia boleh tegur kesalahan sy dgn sgt terbuka..mmg agak sukar awalnya..tapi hakikatnya sy sgt hormat org mcm ni.

5. Saya suke lelaki yg tidak sorokkan perkara sebenar dari saya..di mampu berkongsi apa saja dgn saya..

6. Saya suka lelaki pandai hal agama. Boleh iman kan solat dan mengaji.



7. Saya suka lelaki yang sudi menjadi tua bersama saya membesarkan anak-anak yg ramai. ^_^



8. Saya suka lelaki yg sudi menerima diri saya seadanya dan membantu saya membaiki kekurangan diri.

9. Saya suka lelaki yg ambil berat hal keluarga saya bukan saya sahaja.

10. Saya suke lelaki yg x kesah makan makanan saya masak walaupon x sedap.


Banyak lagi perkara yang ada dalam list..tapi dh letih nak senaraikan..heheh lagi pon rasanya sama je macam org lain kan.


Rupa-rupanya..lelaki idaman saya telah lama ada dalam hidup saya. Cuma ada kalanya sy sangsi dan tidak yakin dgn pilihan saya. Tetapi kini sy yakin dengan izin Tuhan Yang Maha Esa..dia adalah pilihan terbaik buat saya.


Dia,
1. Dia tak setinggi mcm Bront Palarea tu..tapi dia tetap tinggi dari sy walau pon saya pakai kasut 4 inci..so saya suka ^_^



2. Dia x kurus keding mcm Bront Palarea pon, tapi dia tidak gemuk..dia sedang2 saja..dada dia bidang & rangka badan dia lebih besar dari saya.So saya suke sbb saya tidak akan kelihatan gempal disebelah dia.^_^.

3. Jaw dia tidak runcing & panjang. Tetapi senyuman dia menyejukkan hati saya. Mata dia hazel dan bulu mata dia lebih panjang dari saya. Saya suka ^_^

4. Dia mmg berjanggut ciput. Tapi sy sll lupa rupanya dia berjanggut. Saya suka ^_^

Ciri2 tambahan Dia

1. Dia x kuat sgt pon bersukan..dia minat suka bermotor aje.

2. Dia memang baik hati..dia sll tlg kwn2 dia. sampai kadang2 kecian kat dia asyik tlg org je. tapi x baik kan menghalang orang buat baik. ape lah ko nih nanab( ckp utk diri sendiri ye).

3. Saya x ingt bila kali terakhir dia tlg buka & tutup kan pintu kete utk saya. Sll nya saya buka sendiri je.

4. Kadang-kadang dia tidak berterus terang. Dia hanya berkias untuk tegur saya. Saya tau dia nak jaga hati saya. Saya tetap akan terasa hati, tapi kemuadian baru saya sedar semua itu untuk kebaikan saya jugak.
5. Ada kala nya dia cuba sembunyikan sesuatu dr saya. Mmg saya marah. Kemudian baru saya sedar dia buat semua tu untuk jaga hati saya.

6. Dia mmg punya didikan agama yang baik boleh jadi imam dan mengaji. tapi kadang-kadang dia turut lalai. Sama dengan saya. Saya harap kami boleh saling ingt-mengingatkan. Ya Tuhan bimbing lah kami berdua supaya menjadi insan yg lebih baik.

7. Dia tidak takut saya menjadi tua dengan kulit kerepot. Dia mmg impikan ramai anak semoga kami dimurahkan rezeki. Amin..

8. Dia terima saya seadanya. Dia lah insan pertama yg ngorat saya masa muka ditumbuhi bnyk jerawat.
9. Dia mmg ambil berat hal keluarga saya.

10. Dia mmg x kesah saya masak x sedap(dia ckp sekarang lah). tapi sy berjanji pada diri saya sendiri, jika dia ditakdirkan untuk saya, saya akan pastikan suami saya tidak kerut muka bila makan masakan saya.

Pendek kan cite..dia mmg bukan lelaki idaman saya..tapi saya juga sedar..mungkin saya tidak memenuhi kesemua ciri-ciri wanita idaman dia.Tapi dia sudi menerima kekurang diri saya seadanya. Kebenarannya..saya  sgt bertuah dia sudi berkongsi perasaan sayang & cinta dengan saya.

Ini lah Dia, Izzat Afiq Bin Hamid

Sunday, March 21, 2010

Laugh

Saya mahu ceria kembali..=) senyum sampai telinga ye...
x mau stress + emo lagi..hehhe 
ia buat saya bkerut dahi..
nnt cepat tua ..x mo la kan..
nnt kulit cepat kedut sebelum usia nya..^_^

Love Story

" JANGAN MENGHARAP SUAMI SEPERTI

SAYYIDINA ALI KALAU PERIBADI BELUM

 LAGI SEPERTI SITI FATIMAH "

* Sangatlah terasa kekurangan diri ini bila teringatkan barisan ayat ini. huhu

detail riwayat Siti Fatimah ada disini

Doa Menghadapi Tekanan

Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzim


" Cukuplah Allah untuk (menolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (Dan terserah kepadaNya segala urusan kami)". Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar



Ya Arhamar Rahimin



Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


p/s Apabila mengahadapi tekanan, baca ayat ini sebanyak mungkin sebagai zikir
Insya'Allah hati akan menjadi tenang

Saturday, March 20, 2010

Stress

huhu

Monday, March 15, 2010

Kulit Muka Mulus, halus dan tulus??

Dalam Usaha m'halus & m'mulus kan kulit muka
Kwn2 ada sebarang petua & produk yang bagus di pasaran??
degil betul parut2 di muka nih nak hilang..huhu

Ni adalah pic masa umur 18 thn kot..
huhu muke sgt2 la teruk sbb stress..
SPM dapat teruk..huhu x dapat jadi Dr.



setelah bertungkus -lumus mencuba perbagai produk..

nanab akhirnya m'gunakan FELISA( boleh jadi promoter nih)

sehingga sekarang..



......



........



........




 hasilnya....




............




.............




...................




...................




........................




Alhamdulillah..






tapi skrg masih ada parut baru & degil nak hilang..
nak pakai ape eh??

Bio-oil dh try..tapi kesan sgt lambat..
dan Nanab malas nak sapu sll..huhu
dulu ada pakai Jojoba Oil..
berkesan!

tapi skrg produk tu dah x de..
mane nak dapat??

Tuesday, March 9, 2010

Maxi

I want this maxi now!!!
I want both!





and this!!

Thursday, March 4, 2010

Nama Saya Nur NabilaH Binti Abdullah

Nama diberi oleh Ayah tercinta Abdullah Bin Ahmad.

Alhamdulillah..sgt lah suka nama yang diberi.

Kawan2 zaman kanak2 panggil Not. (nama panggilan NUR in Kedah)

Kawan2 kat TADIKA KEMAS, Kg LAHAR dan mula panggil NABILAH

Aku sgt2 la suka. Sbb panggilan nama merupakan satu doa.

Ada org bagi tau, tapi x berapa igt insan mana yang cerita.

NUR = Cahaya
NABILAH = mulia dan cerdik

kalau tak silap lah. Oleh itu aku sgt suka bila kwn2 panggil NABILAH.

Cikgu2 panggil NABILAH.

Terasa mereka semua mendoakan aku supaya cerdik dan mulia.^_^

Terima KAsih kawan2 dan cikgu.

Bila masuk Darjah 4..mula la zaman mengatal..hahah

nak ngorat sana sini.

kena ngorat dan sebagainya.

So x glamor la kan kalau x dak nama yang vogue2. mcm artis2.

hahah

so..x semena-mena (bermaksud tiada sebab) ada fenomena mencipta nama glamor.

Kwn mula memanggil Abby.

hahah

mcm Abby Abadi la plak kan..

Aku mula seronok dgn nama tu. Tapi..

Syukur..tidak kekal lama..nama yang tiada makna tu hilang ditelan hari..minggu demi minggu..dan tahun..

kini hanya masih ada 2 -3 org kwn sekolah SK MALAU yang memanggil nama itu..



Menjejak Ting 1 di SMK. Sultanah Asma


nama Abby langsung ditinggalkan..

NABILAH kembali kekal mekar..

Aku suka.

MAsa kelas geografi..Cikgu Azmi..

dia nak eja nama aku dalam lukisan di papan hitam..

malangnya tidak muat pulak ruang tu.

terus dia kata.." saya telak nama kamu NAB je lah"

aku senyum aja tanda tidak membantah..

alah..kalau aku bantah pon dia tulis jugak..

dia kan Cikgu..haha

Bermula lah aku dipanggil dgn nama NAB..

aku tidak melarang..tidak membantah..

cuma nama itu nama panggilan bonda tercinta..

PN. ZAINAB BT. SHARIF

kalau kwn2 telefon rumah..pening mak aku..

tetiba ada kwn baru..hahah

sehingga lah Tingkatan 2..

bermula pulak fenomena men'double kan nama..

NAD jadi NANAD

TAI jadi TATAI

so...
NAB jadi la NANAB..

aku tidak kesah..

nama ini membuatkan ramai mengenali aku..

tapi nama NABILAH semakin hilang..



Menjejak kaki ke MRSM BESERI..

aku masih senang memperkenalkan diri sebagai NANAB..



di UTM juga begitu..

di Office pon sama..

NUR NABILAH sapa??huhu

sedihnya...

semua org tidak pasti nama penuh aku..

famili B pon macam tu..

semua ingat nama aku Zainab..

aku tak kesah..ZAINAB kan nama MAK aku..aku senyumkan aja..=)

Tapi..aku tau diri aku adalah NUR NABILAH BT. ABDULLAH

NANAB adalah nama panggilan mesra aku..

kepada sesiapa yg aku perkenalkan diri sebagai NANAB adalah sgt beruntung ( mcm Bukit Beruntung plak)

kerana hubungan akan lebih mudah mesra ^_^

kesimpulannya..AKU tetap NUR NABILAH BT. ABDULLAH

kalian boleh terus memanggil aku NANAB ^_-