Sunday, August 21, 2011

Kehangatan Lebaran



Kehangatan  Syawal makin terasa. Semakin ramai membanjiri pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan Hari Lebaran. Surau-surau dan masjid-masjid juga semakin susut ahli jemaah yang mengerjakan solat Sunat Tarawih. Memang sudah menjadi normal masyarakat Malaysia untuk membeli-belah di saat akhir dengan harapan akan dapat 'harga lelong'. Didalam kekalutan meredah banjiran manusia di bazar Raya, ramai yang alpa kesempatan yang Allah kurniakan untuk kita sama-sama merebut promosi 10 malam terakhir Ramadhan iaitu pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.

 Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :
  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Sunday, August 14, 2011

 I'm in love.

Monday, August 8, 2011

DIY Fabric Flower Ribbon Part 2 (mine)

Mine ^_^



Thursday, August 4, 2011

DIY Fabric Flower Ribbon


DIY Ribbon. I found this cute ribbon from this Link. Really cute & easy to DO It Yourself. I decided to make one for my 'Hantaran' to the Groom. Here is the step I capture from the Link. I'll show mine later okay.



The bigger the ribbon, the bigger flower U will get. Good luck!!