Wednesday, October 19, 2011

Sebuah Kehilangan

Assallamualaikum,

Terdetik nak buat entry yang agak emo lepas tengok Soffiya di Tonton tadi. Agak terkesan di hati bila tengok Soffiya keguguran dalam tandas. Huhu..betapa sakitnya pada saat tu. Bila terkenangkan saat diri sendiri menghadapi keadaan itu, rasa terkilan pon ada. Aku redha. Suami juga redha. belum rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Saat kesakitan datang, aku masih tak sedar sedang kehilangan sesuatu yang berharga. Rasa sakit disimpan ketepi, yang penting selamat sampai ke JB untuk sambut Lebaran Pertama bersama suami tercinta. Tuhan Maha Kaya. Aku tak menjangka kegembiraan itu hanya sekejap singgah dilubuk hati kami. Aku juga tidak menjangka langsung, hati aku sangat terkilan & sedih. Walaupon 'Dia' hanya singgah seketika di rahim aku. Kehilangannya sangat berbekas. Selepas kehilangan Arwah Mak yang Tercinta, lebih 5 tahun aku berpura-pura Mak masih bersama kami. Tidak pernah sekali aku sebut panggilan Arwah bila bercerita mengenai Mak. Kebanyakkan rakan-rakan yang tidak tahu akan menganggap Mak masih ada di dunia nyata. Alhamdulillah...kehilangan pertama mengajar aku betapa besarnya kuasa Tuhan...Walaupon masih bersedih dengan kehilangan suatu yang amat dinanti..Aku harus tabah mengharungi..
Ya Allah..Kuatkanlah hati aku..kuatkanlah hati kami..Kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.

0 comments: