Saturday, September 21, 2013

Panjat Memanjat

Scaffold ^_^

Monday, September 9, 2013

Mama & Her Boyfriend


My boyfriend & also a bodyguard. ^_-

Saturday, March 2, 2013

Kehidupan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikum,


Rasanya sangat lama tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Hari ini terasa sedikit lapang sebab AariQ BamBam sedang nyenyak tidur dalam buai. Tidak pasti apa isi kandungan post kali ini. Terdetik untuk berkongsi pengalaman PJJ selama 4 bulan berjauhan dengan suami. Nasib baiklah ada AariQ sebagai peneman. Beruntungnya semasa mengandungkan Aariq dalam latihan mengajar di JB. Lega rasanya 6 bulan berada dekat dengan suami. Alhamdulillah, penat lelah, mual, pening, sakit-sakit badan semua dikongsi bersama suami. Cuti pantang pon ambil paling maksimum, 3 bulan. Maklumlah, anak sulong. Nak pantang betol-betollah kononya.(Nanti nak kongsi pengalaman berpatang pulak. Save it for next post)

Habis cuti berpantang, terpaksa la naik kerja semula di kemaman. Sob..sob..sedihnya terpaksa meninggalkan suami di JB. Banyak betul cabaran semasa nak mula bekerja. Pengasuh yang dah janji nak jaga Aariq ada masalah pulak. Dia tak dapat nak jaga Aariq sebab masalah keluarga. Itu pilihan pertama, pengasuh pilihan kedua pulak tiba-tiba suami dia tak benarkan pulak mengasuh baby. Ya Allah, memang sedih sangat. Makin tipislah harapan nak bawa Aariq temankan mama di Kemaman. Kemudian dapat pulak surat kena pergi kursus selama 2 minggu. Kena duduk hostel lagi.Baby tak dibenarkan bawa. Sebab kelas penuh sampai ke malam.Sob..sob.. Dugaan..Akhirnya sepakat dengan Hubby untuk Aariq tinggal dengan papa selama 5 minggu di JB. Dekat dengan Papa tapi berjauhan dengan Mama...terpaksalah anak Mama minum susu Show..MAma pon terpaksa la berkorban..berjauhan dengan Aariq...

Lepas 5 minggu yang sangat menyeksakan jiwa bila terpaksa berjauhan dengan Aariq, akhirnya Mama drive balik JB sorang2 ikut jalan Mersing. Terasa sangatlah jauh perjalanan tu. Walaupon sebelum ini dah pernah drive banyak kali. Dalam hati hanya berdoa selamat sampai dengan cepat ke JB. Untuk bertemu Aariq Zakwan dan Papa.=)

Kemudian bermulalah detik Mama & Aariq di perantauan. Setiap kali Papa hantar kita balik Kemaman, mesti air mata keluar. Bilalah akan berkesudahan episod PJJ ini. Banyak betul dugaan semasa berjauhan dengan PApa. Sekarang dah masuk 4 bulan berjauhan. Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup kami. Semoga rezeki aku ada di Johor bersama suami tercinta.

AariQ Zakwan My Love